KAMI AKAN MEMPERKENALKAN
ANDA MAKANAN TRADISI PAHANG YANG SANGAT SEDAP DAN LAZAT , PASTI ANDA AKAN
TERTARIK DAN AKAN KAGUM DENGAN MAKANAN TRADISI KAMI.
IKAN PATIN TEMPOYAK
Tempoyak dibuat dari daging isi
buah durian. Isi durian ini diasingkan daripada bijinya dan ditambah dengan sedikit garam dan disimpan
selama tiga hingga lima hari di dalam suhubilik untuk proses penapaian.
Tempoyak biasanya tidak di makan begitu sahaja tetapi selalunya di buat sambal
atau dimasukkan ke dalam masakan seperti gulai tempoyak ikan patin atau pais
ikan tempoyak.Tempoyak sangatpopular di negeri Pahang dan Perak, malah di
bandar Temerloh, Pahang sendiri gulai ikan patin masak tempoyak sangat
popular.Merupakan anak kepada ibu yang berasal dari Kuala Lipis, Pahang. Telah
menerima banyak tempahan gulai tempoyak ikan patin. Bermula dengan jualan kecil-kecilan, kini
Gulai Tempoyak Ikan Patin Warisan Wan menjadi sebutan.Dengan kepekatan kuah,
serta kesegaran ikan Patin yang dibeli khas dari Temerloh pasti membuka selera penggemar ikan Patin.
SAMBAL HITAM BELIMBING
Pembuka selera ini cukup dikenali
sebagai Sambal Hitam yang sangat terkenal di Pahang Barat. Sambal hitam ini
cukup unik dan hanya boleh ditemui di sekitar Jerantut, Kuala Lipis dan Raub.
Selain boleh dijadikan perisa dalam makanan, belimbing buluh boleh juga dibuat
sambal dikenali sambal hitam dikalangan penggemarnya dan enak dimakan bersama
nasi putih, pulut, lempeng dan seumpamanya. Kalau sudah belimbing hitam yang
digunakan semestinya sambal yang dihasilkan 'berwajah' hitam tapi keenakan
rasanya menjadi sebutan. Ia juga dijual secara kecil-kecilan sebagai menambah
sumber pendapatan penduduk setempat.
Keenakannya menarik penggemar dari
luar datang ke daerah ini semata-mata untuk menikmati sambal istimewa kegemaran
mereka. Makanan tradisi negeri Pahang yang diwarisi sejak turun temurun ini,
menjadi identiti ketiga-tiga daerah ini kerana terdapat keistimewaannya yang
tersendiri, menambah selera makan sesiapa sahaja. Ramai yang berpendapat hanya
mereka yang mahir sahaja mampu menghasilkan sambal hitam ini. Masakan dan
penyediaan untuk membuat sambal ini juga sebenarnya amat mudah dan cepat
seperti membuat sambal lain.
Kita Imbau masa lampau zaman orang
tua dulu kala bagi sambal hitam ialah dari segi ketahanan makanan itu sendiri,
semua orang maklum pada zaman itu belum wujud lagi peti sejuk bagi untuk mereka
menyimpan makanan dan masakan mereka, belimbing buluh yang sudah direbus
bersama garam hingga berwarna coklat jadi awet untuk senang disimpan dalam
bekas menjadi seperti perkasam serta tahan agak lama dan mudah untuk dimasak.
Bila waktu yang sesuai untuk dimasak sahaja tinggal ambil sahaja belimbing
buluh yang sudah berwarna hitam itu jadilah masakan sambal hitam Pahang yang
hebat dan pedas, masam, masin serta cukup rasa dan yang penting ia sangat
sedap.
PUDING RAJA
Puding Raja adalah hidangan tradisional Melayu Pahang yang
diambil sebagai makanan pembuka atau pencuci mulut dan mudah dibuat. Di negeri Pahang, makanan istimewa ini (kadang-kadang juga
dikenali sebagai "Puding DiRaja") boleh didapati di beberapa restoran
dan gerai makanan di bandar diraja Pekan dan juga restoran-restoran terpilih di
Kuantan. Makanan pembuka kegemaran atau pencuci mulut yang diambil oleh
orang tempatan dengan teh petang mereka, masakan kalori ini juga biasanya disajikan
semasa majlis perkahwinan dan perayaan tradisional Melayu.
KUIH BADAK KUBANG
Kuih ini juga tidak
terdapat di tempat lain tetapi mungkin tidak sama rasanya dengan kuih yang
terdapat di tempat lain tetapi tidak sama rasa dengan kuih yang di buat di
seberang Chenor.Kuih yang
berbentuk bulat menggunakan tepung pulut ,dan tepung pulut hitam,ada rinti
kelapa di dalam dan berkuah santan kelapa yang berlemak dan masin,kuih ini juga
sangat sedap apabila di makan waktu ia sedangpanas-panas.Ia seakan-akan kuih koci ataupun kuih anak dara
sebilik,tetapi yang membezakan cuma ia berada di atas daun pisang yang telah di
potong bulat dan di letakkan di atas pinggan logam dan di kukus sehingga masak.
KUIH DODOL KUKUS
Kuih ini juga amat
popular di Chenor,kuih ini amat ringkas untukmembuatnya.Kuih ini
di buat menggunakan tepung pulutdan gula merah,ia seakan-akan membuat dodol
,tetapi yang membezakan ialah cara memasaknya,ia di masak menggunakan kukus dan
tidaklah dikacau seperti dodol.Apabila masak,ia akan menjadi liat seperti
dodol,rasanya juga sedap.Dan di
atas kuih ini akan di letakkan tahi minyak yang menambahkan lagi selera bagi
pengemar kuih tradisi.
TARIAN PIRING
Tarian Piring Kuala Tekal telah
lama bertapak di Kuala Tekal. Kewujudannya dipercayai dibawa bersama rombongan
Sultan Pahang dari Pagar Ruyung Indonesia semasa pembukaan kawasan tersebut
pada masa dahulu (tokoh tidak dapat mengingati secara jelas kerana dalam
keadaan uzur). Menurut Encik Shaari atau lebih dikenali dengan nama Pak Ngah
Ghie, beliau mula menari Tarian Piring ini pada umur 15 tahun sehingga beliau
mendirikan rumahtangga dan terus menurunkan ilmu menari Tarian Piring kepada
anak saudara beliau. Tarian Piring ini pada masa dahulu akan dimulakan dengan
persembahan silat terlebih dahulu dan setelah selesai baru Tarian Piring ini
ditarikan oleh penari yang sama. Kerana itu kita dapat melihat ada unsur-unsur
seni silat di dalam setiap pergerakan tarian tersebut. Pak Ngah Ghie berkata,
tiada syarat atau prasyarat berkaitan jumlah penari yang dibenarkan mahupun
tempat persembahan bakal diadakan. Dahulu, persembahan silat ini biasa diadakan
di gelanggang silat, di majlis-majlis perkahwinan dan untuk majlis yang
dihadiri oleh orang-orang kenamaan dan masih diamalkan sehingga ke hari ini.
Alat muzik yang digunakan masa persembahan piring terdiri daripada Rebana Ibu,
Gong Anak dan Gendang Silat. Untuk menambahkan lagi kemerduan muzik, cincin
yang diperbuat daripada besi atau timah akan dipakaikan pada hujung jari
telunjuk atau jari hantu setiap penari. Cincin ini akan diketukkan di bawah
piring sewaktu menari mengikut rentak muzik utama. Persembahan akan dimulakan
dengan mengesot selangkah ke hadapan dan angkat sembah dalam keadaan duduk di
atas tumit dan berdiri sedikit demi sedikit. Untuk mengakhiri persembahan,
penari akan kembali ke posisi asal, piring pula akan diletakkan ke kiri dan
kanan badan, angkat sembah dan mengesot ke belakang sebelum bangun. Busana yang
digunakan ketika membuat persembahan ini ialah baju Melayu lengkap bersampin,
bertanjak (tanjak tiga segi) dan para penari wanita pula dibenarkan untuk
memakai tudung.
No comments:
Post a Comment